Sunday, November 29, 2009

HI TEA PERPADUAN MPP ZON 23 MBSA

Pada 20hb Dis 2009, MPP zon 23 dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras akan menganjurkan Program HiTea Perpaduan yang melibatkan pelbagai kaum yang telah menyambut di zon tersebut terutama kaum India. Program di adakan kerana meraikan penduduk kaum India yang merayakan perayaan Deepavali baru-baru ini.

Di samping itu penyampaian sumbangan kepada mereka yang tidak bernasib baik/berpendapatan rendah di kalangan kaum India dan cina turut diadakan.Kesempatan dari program tersebut, pihak MPP zon 23 juga mengadakan anugerah cemerlang UPSR untuk anak-anak yang mendapat cemrlang UPSR dan PSRA di bawah zon tersebut di samping menyampaikan sumbangan peralatan ke sekolah kepada anak-anak dari keluarga miskin.

Tetamu khas yang dijangka akan hadir ialah YB Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang, Pengarah Pusat Masyarakat DUN Paya Jaras dan pemimpin setempat termasuk tetamu-tetamu khas dari kalangan guru sekolah terlibat.

Program yang mendekatkan pemimpin setempat akan diadakan dari masa ke semasa supaya rakyat selangor merasakan mereka dihargai dan sentiasa mendapat perhatian dari pimpinan kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment