ORANG KUAT SUKAN MPP ZON 23 MBSA EN ANUAR B ABD RAHMAN
FOTO RPOGRAM SUKAN MPP ZON 23
27 Dis 09 MPP Zon 23 telah menganjurkan kejohanan takraw piala ahli majlis mpp zon 23 sebagai program penutup tahun bagi mpp zon 23 mbsa. Selain dari itu kejohanan tersebut diselang selikan dengan program sukan rakyat yang melibatkan semua peringkat umur dan penyertaan keluarga. Di samping itu juga di awal program, senamrobik poco-poco telah diadakan khusus untuk wanita yang telah diadakan berasingan di dalam dewan.
Program sukan dan khusus untuk belia akan diadakan dari masa ke semasa memandangkan golongan ini adalah golongan yang paling ramai juga mereka adalah harapan untuk kepimpinan masyarakat dan negara. Oleh kerana cabaran yang hebat kepada golongan ini di mana mereka telah menjadi sasaran kepada program-program lagha/melalaikan yang tidak merangsang minda dan membangun jiwa mereka, menyebabkan golongan ini mudah terjebak kepada gejala sosial dan golongan ini telah mendominasi masalah sosial yang melanda negara hari ini.
MPP zon 23 mengambil inisiatif dengan menarik mereka melalui program sukan dan aktiviti belia supaya golongan belia dan remaja ini dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih bermanfaat dan ke arah memajukan diri mereka kepada lebih baik lagi supaya mereka dapat menyumbang kepada masyarakat.
MPP zon 23 merancangkan untuk menubuhkan Kelab Sukan MPP zon 23 (KESUM) dalam waktu yang terdekat dengan menjadikan komplek dewan mbsa paya jaras sebagai kompleks mini sukan yang di dalamnya ada pelbagai aktiviti sukan seperti bolasepak, takraw, futsal, bolajaring, ping pong, karem dart dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk remaja dan masyarakat setempat.
Insyaallah Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat akan sentiasa mengambil berat kepada semua golongan lebih-lebih lagi golongan muda dan remaja. Semua golongan dan peringkat umur tidak akan dipinggirkan dan insyaallah MBSA juga akan memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan rakyat samada dalam bentuk program dan aktiviti mahupun di sudut perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran.
Ustazah Mariam
Ahli Majlis zon 23
Majlis Bandaraya Shah Alam
No comments:
Post a Comment