AHLI JAWATANKUASA MPP BERGAMBAR BERSAMA YB DATO DR HASAN ALI
TN HJ ADNAN B OTHMAN DIPILIH SEBAGAI TOKOH MAAL HIJRAH 1431 MPP ZON 23 MBSA
Pada 1 Jan 10, MPP Zon 23 telah menganjurkan forum Perdana Maal Hijrah 1431. MPP zON 23 bertuah kerana di antara Ahli Panel jemputan istimewa forum tersebut ialah YB Dato' Dr Hasan Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang sanggup turun untuk mencurahkan ilmu serta memberi motivasi kepada masyarakat Paya Jaras walaupun beliau padat dengan agenda kerajaan dan tugas beliau sendiri sebagai Exco. Selain dari itu ahli panel jemputan ialah Al Fadhil Ust Halim Din dari Pusat Zakat Selangor dan moderator forum juga dijemput khas ialah Ust Fauzan Mazlan. Tajuk Forum ialah Penghayatan Hijrah Rasul Ke Arah Perubahan.
Kedua-dua ahli panel banyak memberi penekanan dari penghyatan hijrah kepada aspek persaudaraan Islam yang sangat penting di mana jika diambil dari iktibar hijrah yang paling awal Rasulullah mempersaudarakan antara muhajirin dan ansar. Dato Hasan banyak menyentuh tentang kepentingan memperkasakan fungsi masjid sebagai pusat penyatuan, aktiviti dan pembangunan ummah itu sendiri. Begitu juga tidak ditinggalkan aspek kebajikan yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah selepas memerintah Madinah di samping menjadikan Piagam Madinah sebagai sumber perundangan dalam pemerintahan baginda yang merujuk kepada Al Quran dan Sunnah.
Di samping forum, sambutan maal hijrah MPP zon 23 tidak melupakan individu yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ummah dan telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat. MPP Zon 23 telah memilih Tuan Hj EDnan b Othman sebagai Tokoh Maal Hijrah MPP Zon 23 MBSA bagi tahun 1431 Hijrah. Beliau adalah bekas pegawai keselamatan, selepas bersara menjadi seorang peguam dan sekarang sebagai AJK MPP zon 23 dan Ketua Kampong dan Pengerusi JKK Kampong Kubu Gajah. Beliau juga telah dipilih oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras sebagai Ketua Kampong terbaik.
Sambutan Maal Hijrah MPP zon 23 juga tidak ketinggalan memberikan anugerah cemerlang kepada anak-anak yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR, UPSR dan PSRA. Selain dapat mendekatkan anak-anak dengan MPP zon 23, ibubapa juga turut hadir bersama menemankan anak-anak untuk menerima anugerah tersebut di samping dapat mengisi halua telinga dengan mendegar motivasi, ilmu dari forum yang diadakan.
Insyaallah program seperti ini akan dijadikan agenda tahunan kepada MPP zon 23 di samping tidak meninggalkan program kebajikan, pembangunan insan, sukan,belia, kebudayaan dan keagamman.
Sokongan dan kerjasama dari semua pihak sangat-sangat diperlukan oleh MPP bagi memajukan zon 23 ini.
No comments:
Post a Comment